Sunday 12 February 2012



Puding..ohh...Puding..

Assalamua'laikum semua..
Ingat tak sebelum ni mr.puding pernah cakap nak kongsi resipi..?? Jadi hari mr.puding akan akan tunaikan kata2   tersebut lerr..sharing is caring yer..lepas ni korg boleh try buat di rumah. Baik punyerr..J
Tapi sebelum tu apa yang perlu kita buat?kena lah ada bahannya..

Bahan2 :

-agar2 strip (agak2 korg lerr)
-susu sejat 100ml
-aiskrim coklat 4tbsp (boleh ikot sedap korg)
-tepung kastard 2tbsp
-air 400ml
-telur 1biji
-gula 4tbsp (ikot citarasa tahap kemanisan yg anda suka)
-esin vanila 1/2ts
-serbuk coklat 2tbsp

Cara-caranya  :

1) Mula2 ambil serbuk coklat 2tbsp (kalau xde pakai serbuk koko pun boleh) lepas tu masukkan dalam mangkuk kecil. Lepas tu bancuh dgn air panas ckt jer jangan banyak2, agak2 dlm 3 atau 4 tbsp jer. Untuk larutkan serbuk coklat tu. Jangan guna air sejuk coz nanti ketul serbuk coklatnya lambat nak larut. Kacaukan perlahan-lahan kemudian ketepikan.

larutkan sampai macam ni

2) Ambil mangkuk besar, pecahkan sebiji telur & pukul sampai kembang.

3) Telur dah kembang masukkan aiskrim coklat tadi dalam mangkuk besar tu pastu kacau lerr sampai sebati.

4) Kemudian masukkan susu sejat atau cair sebanyak 100ml tadi & kacau hingga sebati.

susu sejat

5) Jangan ketinggalan pulak masukkan juga esin vanila 1/2ts & kacau sebati bersama bancuhan no.4 di atas. Fungsi esin vanila ni salah satunya adalah untuk menghilangkan bau hanyir telur bila siap puding kita nanti. kemudian asingkan.

6) Gunakan mangkuk lain untuk anda bancuh tepung kastard 2tbsp bersama sedikit air. Kacau hingga larut & sebati. (haaaa..jangan ngada2 sapu kat muka, ni bukan pewarna kuning yg korg sapu untuk tgk Malaysia lawan bola tu yerr..ohoi..) kemudian campur ke dalam bancuhan no.5 & kacau sehingga sebati seperti di bawah. Asingkan.



7) Keluarkan agar2 strip, mr.puding sebanyak ni gambar di bawah. Mr.puding guna pinggan kecik sebab nak tulis berapa2 gram kadang orang bukannya timbang pun, ikut agak2 sendiri jer. Hidupkan dapur gas, panaskan air sebanyak 400ml & rendam serta kacau agar2 strip sehingga betul2 larut. Kemudian masukkan gula & kacau hingga larut.








8) Ok ni acara kemuncak, sekarang anda perlu masukkan bancuhan no.6 ke dalam bancuhan no.7. Yang terakhir itu masukkan juga bancuhan serbuk coklat di no.1 yang mula2 korang ketepikan tadi, kemudian kacau sehingga sebati dengan api sederhana serta jangan terlalu lama. Padamkan api tuang ke dalam acuan atau loyang.

bancuhan siap


9) Setelah sejuk puding hidangkan ler dalam pinggan. Kalau rajin hias2 ckt ikut kreativiti sendiri..so mkn puas2 k..J


apa macam?? cntik x?

Selamat mencuba semua. Cubalah dirumah-mr.puding-

P/S:- panas2 ni makan puding sejuk2 sedap ni...J


Tuesday 7 February 2012

Perhhh..puding baru laa..

Salam semua..

uihh..hari ni mr.puding agak letih sikit melayan anak saudara2 coz hari ni family akak2 & abang mr.puding lepak2 kt uma..riuh rendah jadinyer. Tapi takpe, coz sronok hujung2 minggu ni kumpul adik beradik sama2, dok lepak2, berbual, kongsi2 cerita lagi pun waktu2 musim cuti sekolah ni sempena Maulidur Rasul & Thaipussam (johor amik)..huhu. Yela dari mr.puding asyik merayau lepak2 dgn member2 jer..sekali sekala perlu jgk lepak2 dgn adik beradik ni, biar erat silaturrahim tu yer..:)

So macam biase laa..busy2 layan dorg sempat la jgk mr.puding siapkan puding untuk fmly & ada member nak try merasa puding dr air tangan mr.puding nih..hehe..promote2 skli lerr (sambil menyelam minum air..:D alhamdulillah..nk tgk ker puding2 nyer..confirm sedap..tgk kt bawah nih..jeng.jeng.jeng..

puding vanila hijau

Kalau korg tgk pudingnya gmbar di atas tu warna hijaukan? haaa tula..awalnya mr.puding nak gunakan warna putih susu untuk sesuaikan dengan perisa, tapi baru mr.puding perasan pinggang yang mr.puding gunakan pun warna putih jgk. Apa lagi lah kan..mr.puding bubuh laa warna hijau biar nampak naik puding yang mr.puding nak tonjolkan ni. So, per macam? x kan ok jer kot.hehe..sedap nih..:)

puding jagung berlapis

Gambar di atas menunjukkan puding jagung berlapis oleh mr.puding (ayat dah macam nak buat report pulok..huhu.). So gambar yang berkabur di atas ni mr.puding ambil waktu masing2 adik bradik tgh sibuk masak2 berkabus kamera handphone mr.puding. Apa lagi try ler..simple & sedap ni..tp sory la buat masa ni mr.puding belum sempat post resipi2 puding ni. Tak menyempat..huhu..hope anda semua bersabar yer..insyaallah mr.puding akan post dalam masa terdekat nanti yer..ohoi..hoi..:)

Monday 6 February 2012

sedapnyerr makan..

Assalamua'laikum semua..

Gembira hari ni. 1st time dapat buat blog sendiri. tray and error jela..huhu..ni laa blog mr.puding disamping post2 yang bakal mr.puding sajikan. per lagi..enjoy & thanks kerana meluangkan masa membaca post2 mr.puding ni yer..ohoi..hoi..

puding aiskrim jagung

korg nampak tak gambar kat atas ni?? haaa ni ler antara puding2 yang sempat mr.puding snap gambarnya. sedap ni, serious beb..haha..ada lagi gambar2 puding yang mr.puding buat tp ni jela yang t'ingat nak snap gambar.  Tenung ler puas2..kalau leleh air liur tu pergi lerr amik tisu kesat sendiri. xdapat den nk nolong ohoi..:)

puding blueberrey berlapis

puding aiskrim jagung bertahta strawberry 


ni yang da potong sendiri nak rasa..sedapnyer..ohoi..hoi..

nanti ada masa, mr.puding akan post pulak resipi cmne nk wat puding2 yang ada dalam gambar2 di atas yer..sory ler..bru balik dr hang out..penat2..ohoi..sedapnya puding..-mr.puding-